Mengikut sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun 80 an ,
Yamaha RXZ 135 cc pernah menjadi ‘Raja’ di jalan raya suatu ketika
dahulu dan nampaknya Yamaha RXZ masih lagi mendapat perhatian
peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM, Yamaha 110ss , Yamaha
125z dan Yamaha 135 LC Adalah jentera Yamaha yang ‘power’ seperti RXZ .
Yamaha RX-Z 135 mula dikeluarkan pada tahun 1985, dengan menggunakan
transmisi 5 kelajuan (5 speed) dan brek disk tidak berlubang. Selang
beberapa tahun iaitu pada tahun 1989, enjinnya telah dinaik taraf dengan
pemasangan transmisi 6 kelajuan (6 speed), bersama-sama papan pemuka
dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.
Setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model Yamaha RXZ ini.
Kelebihan pada RXZ 5 speed ini adalah ‘top speed’ lebih sedap berbanding
dengan RXZ 6 speed.
Ini membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman sehinggalah
tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model RXZ
Catalyzer dengan penambahan ‘catalytic converter’, lampu belakangnya
juga menyerupai Yamaha 125z dan beberapa lagi perubahan yang lain.
Sehingga kini ramai dikalangan peminat jentera ini telah menggabungkan
dari model lama ke model-model 6 speed atau Catalyzer untuk lebih tampak
moden, baru dan bergaya.
Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, menggantikan
1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau
bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada
kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu.
Selain dari RXZ, Yamaha mengeluarkan beberapa jenis model iaitu Yamaha
TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z, Yamaha LC dan banyak lagi model dan
Yamaha RXZ adalah model yang paling banyak dikeluarkan oleh Yamaha
diikuti model yang kedua terbanyak dihasilkan oleh Yamaha iaitu Yamaha
125z.
Model motosikal RXZ keluaran terdahulu mungkin ada yang menghadapi
masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin mudah mati apabila
penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear satu, tetapi
masalah tersebut telahpun diselesaikan pada model yang seterusnya.
Pada tahun 2011, Yamaha RXZ bercadang untuk menghentikan pengeluarannya.
Ini mungkin untuk mengurangkan kenderaan berasap di atas jalan raya.
Untuk menyelamatkan bumi kata mereka. Ini juga untuk mengurangkan
masalah rempit di kalangan remaja.
Perbandingan enjin (Displacement dan Horsepower)
Yamaha 125ZR – 124.3cc , 13 kW
Yamaha 135LC – 134cc , 8.93kW
Yamaha 135LC ES – 134cc , 9.2 kW
Yamaha RXZ 135 – 133cc , 15 kW
Yamaha FZ150i – 149.8cc , 11.1 kW
Anda lihat perbezaan d atas. Patutlah ramai minat Yamaha RXZ dan Yamaha
125ZR. Enjin 2 lejang walaupun cc kecil tetapi memiliki horsepower yang
tinggi. Enjin 2 lejang ni torque adalah tinggi (daya kilasan tinggi) dan
mempunyai acceleration (pecutan) yang baik.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa motosikal keluaran Yamaha RXZ
ini bukan sahaja bergaya malah ianya berkuasa dan boleh mencecah
kelajuan sehingga 180km/h.
0 Komentar untuk "Kenapa Yamaha RX-Z Masih Mempunyai Ramai Peminat? "