Di Malaysia, istilah malam pertama sudah semestinya tidak asing lagi.
Malam pertama adalah sebuah istilah di mana pasangan suami dan isteri
yang baru bernikah melakukan hubungan seks untuk pertama kalinya setelah
bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang sebenarnya yang berlaku,
ramai diantara pasangan yang sudah bernikah tidak melakukan hubungan
seks di malam pertama. Ketahui 5 sebab tiada hubungan seks di malam
pertama selepas bernikah dengan meneruskan bacaan anda.
1. Terlalu Penat
Majlis perkahwinan sudah semestinya menghabiskan banyak tenaga.
Pengantin terpaksa bangun seawal pagi untuk disolek dan melakukan
pelbagai perkara hingga majlis perkahwinan berlangsung.
2. Pengantin Wanita Bad Mood
Ada juga alasan lucu iaitu mood pengantin wanita terganggu ketika majlis
perkahwinan. Suami berlawak dengan mengatakan makeup yang dikenakan
tidak sesuai dan cuaca majlis terlalu panas mampu membuatkan mood
pengantin wanita terganggu.
3. Simpan Untuk Bulan Madu
Sebab lain tiada hubungan seks di malam pertama adalah ingin melakukan
hubungan seks ketika berbulan madu. Jika dilaku dirumah selepas majlis
perkahwinan, pasti suasana masih sibuk dan tidak selesa. Oleh sebab
itulah, ramai memilih untuk melakukan hubungan seks ketika berbulan
madu.
4. Keluarga Ajak Berbual
Majlis perkahwian pasti dihadiri ramai ahli keluarga terutamanya
keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Oleh yang demikian, ahli
keluarga ini bersuai kenal dengan pengantin baru dan memberikan sedikit
nasihat disamping berbual hingga larut malam. Kesannya, pengantin berasa
penat dan terpaksa menunda hubungan seks di malam pertama.
5. Majlis Perkahwinan Yang Lama
Kalau dulu, majlis perkahwinan hanya dijalankan sehari sahaja. Namun
sekarang, majlis perkahwinan dilakukan lebih dari sehari. Ada yang
melakukan majlis perkahwinan selama 3 hari berturut-turut dengan
pelbagai adat dilakukan
0 Komentar untuk "5 Sebab Tiada Hubungan Seks Di Malam Pertama Selepas Bernikah "