Kacaknya! Ini Antara 5 Sebab Kenapa Lelaki Patut Berjambang!

“Apa? Jambang? Tak nak lah!” Sering sahaja kita mendengar perempuan tak inginkan suami atau teman lelakinya untuk menyimpan jambang.
Mengapa tidak? Tahukah anda bahawa jambang lelaki mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri lelaki?
Bukan hipster, bukan selekeh. Jadi, jom ketahui lima sebab kenapa lelaki perlu berjambang selain nampak hensem!

1. Tiada Cacat Cela Kelihatan

tumblr_mtyfvqkPfe1r5lqijo1_r1_500

Kesan ruam, jerawat dan radang pada folikel rambut merupakan kesan buruk yang terjadi pada wajah lelaki akibat mencukur. Pencukur juga boleh merebakkan bakteria pada kulit sekaligus menyebabkan jangkitan pada folikel rerambut pada wajah.

2. Pelindung Cahaya Matahari

giphy
Kajian mendapati, jambang boleh melindungi kulit wajah dari sinaran UV sebanyak 95% . Ini bermakna jambang memainkan peranan penting untuk mencegah kanser kulit. Sinaran UV punca kepada tanda penuaan pada kulit wajah.

3. Lebih Tampil Maskulin

riker_beardy
Sebenarnya lelaki akan lebih tampil maskulin apabila berjambang. Kajian mendapati, jika ingin menarik perhatian perempuan, simpan jambang tersebut, kerana kebanyakan perempuan akan lebih tertarik dengan lelaki berjambang kerana ia lambang kepada maskuliniti dan lebih muda. Lihat sahaja pada David Beckham dan Hugh Jackman yang tampil maskulin dengan jambang.

4. Perangkap Habuk dan Debu

tumblr_nifqgfkzR51u8v2l4o3_500
Fungsinya jambang ialah memerangkap habuk dan debu dari masuk ke dalam liang pori pada wajah yang boleh mengakibatkan masalah jerawat. Menurut pakar, jambang perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikannya ianya tumbuh bersih, rapi serta kemas.

5. Melembapkan kulit

tumblr_inline_miuibm9Ua31qz4rgp
Mungkin ramai tidak tahu bahawa kulit wajah kita mempunyai rejimen pelembap semulajadi untuk membuatkan kulit kekal lembap. Jambang boleh melindungi kulit dari ditiup angin kencang yang boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit wajah.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kacaknya! Ini Antara 5 Sebab Kenapa Lelaki Patut Berjambang!"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top