KOTA BAHARU, 15 Okt - Berikutan kes 7 orang pelajar Orang Asli yang
hilang selepas melarikan diri dari dari asrama pada 23 Ogos lepas, Polis
Kelantan hari ini mendedahkan cerita sebenar disebalik kejadian
tersebut.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, kejadian bermula pada
22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah tersebut keluar mandi di
sebuah sungai berdekatan pada jam 11 tengah hari. Pengawal sekilah yang
mengetahuk tentang apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut kemudian
memaklumkan perkara itu kepada seorang warden.
Tiga dari 25 palajar yang terbabit kemudian dipanggil oleh warden
terbabit dan memaklumkan kesemua mereka akan dihukum pada keesokan
harinya.
23 dari 25 orang pelajar berkenaan kemudian merancang untuk melarikan
diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan kampung Gawin.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah
berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu
Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," Kata Mazlan memetik
laporan dari Bernama.
0 Komentar untuk "TERKINI !!! Polis Dedah Kisah Sebenar Tragedi 7 Pelajar Orang Asli SK Pos Tohoi"