CHINA - Seorang wanita tergamak memotong jari dan kemaluan seorang
kanak-kanak kerana membuat bising sehingga menganggu tidurnya.
Liu Tao yang sedang tidur di bilik sewa yang disewa oleh sepupunya di
Hunan, di mana mangsa yang berusia 6 tahun, Xiaoming tinggal
bersebelahan bermain-main di biliknya.
Terganggu dengan bunyi bising, Liu menghalau keluar kanak-kanak berkenaan. Namun, mangsa kembali bermain di bilik wanita itu.
Berang amaran tidak diendahkan, wanita itu mengambil pisau dan gunting
di dapur lalu mengelar serta memotong tangan, muka dan kemaluan mangsa
sebelum melarikan diri. Namun berjaya ditahan oleh polis di kampung
halamannya.
Bapa mangsa, Zhou berkata, anak lelakinya itu hilang beberapa jari dan kemaluannya turut terputus.
Polis meminta wanita itu mendedahkan di mana kemaluan mangsa dibuang
agar ia dapat dicari dan disambung semula. Malangnya wanita itu enggan
mendedahkan sebelum dipaksa dan akhirnya memberitahu kemaluan mangsa
disembunyi dalam pasu.
Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Xiangya mengalami kecederaan
yang sangat serius. Menurut doktor, jari dan kemaluan mangsa yang
terputus mungkin tidak dapat disambung kerana sudah terpisah agak lama.
Wanita ini bakal berdepan dengan hukuman penjara lebih dari 10 tahun
jika disabitkan bersalah. Bagaimanapun mungkin diringankan hukumannya
jika dia disahkan menghidap penyakit mental. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "GILER ! Jari & Kemaluan Budak Dipotong Kerana Buat Bising"