7 TIPS ELAK DITIPU SEMASA MEMBELI ‘SMARTPHONE’


7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’

7 TIPS ELAK DITIPU SEMASA MEMBELI ‘SMARTPHONE’

 

Berikutan isu pergaduhan yang berlaku di Lowyat yang berpunca daripada penjual menipu pelanggan, di sini ada beberapa tips yang di kongsikan oleh  saudara Yudi Kurniawan Budi di laman facebooknya untuk membantu orang ramai agar kes seperti ini tidak berlaku lagi. Semoga kita mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.

ips beli handphone dari seorang penjual handphone:

Tips #1 – Google

7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’1
Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google, tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti

Tips #2 – Pilih hari yang sesuai

Open Calendar
Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.

Tips #3 – Try pergi weekdays

7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’3
Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.

Tips #4 – Semak nombor IMEI

Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak.
7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’4
Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!

Tips #5 – Semak pelekat di bahagian bateri

7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’5
Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

Tips #6 – Survey harga online

7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’6
Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot

Tips #7 – Beli aksesori di kedai lain

7 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli ‘Smartphone’7
Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.
Selepas baca ini, mohon sama-sama sebarkan kepada rakan-rakan agar kita dapat manfaat bersama. SHARE!

 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "7 TIPS ELAK DITIPU SEMASA MEMBELI ‘SMARTPHONE’"

sebelum membeli apa2 jenis hanpone make sure check dulu spec dan harga asal handpone dalam internet..so kat situ korang dapat tahu maklumat apa jenis handpone...

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top