PEREMPUAN 'TAKUT' ZAKAR 19 INCI

MEXICO: Seorang lelaki berasal dari Saltillo iaitu sebuah bandar yang terletak di bahagian timur laut Mexico mendedahkan dia diselubungi masalah dalam melalui kehidupan harian kerana memiliki zakar sepanjang kira-kira 19 inci.
Memetik laporan New York Daily, Roberto Esquivel Cabrera yang berusia 52 tahun menceritakan kesusahan yang dihadapinya kepada akhbar tempatan Vanguardia baru-baru ini.
Roberto berkata, dia menghadapi masalah mencari jodoh dalam hidup apabila rata-rata takut dengan cara jalannya yang menyerupai “gajah” kerana mempunyai zakar yang terlalu panjang.
Dalam pada itu, Roberto juga mendedahkan bahawa alat kemaluannya mempunyai lilitan kira-kira 10 inci dan ini menyebabkan dia sukar untuk bekerja seperti biasa di mana dia sentiasa memerlukan pertolongan dalam kehidupan harian.
Difahamkan, saiz zakar Roberto yang berukuran 19 inci itu membolehkannya menjadi pemegang rekod yang mempunyai alat kemaluan lelaki paling panjang di dunia mengatasi Jonah Falcon dari Brooklyn, Amerika Syarikat yang memiliki zakar berukuran 13.5 inci.
"Mengikut apa yang saya lihat dari imbasan 3D, ia (zakar) adalah benar," kata doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap Roberto.
Doktor tersebut mengatakan bahawa bahawa bahagian utama alat kemaluan Roberto hanya berukuran lebih kurang enam inci dan selebihnya adalah kulit tambahan.
"Dalam keadaan tidak tegang, purata saiz zakar manusia adalah berukuran 3.6 inci. Jelas sekali, ini menunjukkan saiz zakar Roberto lima kali lebih besar," tambahnya.
Difahamkan, Roberto kini tinggal berseorangan dan yang tidak mempunyai teman wanita kerana rara-rata perempuan terlalu takut untuk melakukan hubungan seks dengannya.
"Cuba kamu lihat, ia berada di bawah paras lutut saya. Saya tidak boleh bekerja dan saya mahu pihak berkuasa memberi status 'orang kelainan upaya' kepada saya. Selain itu, saya mahu pergi ke Guiness Book Of Records untuk mendapatkan pengiktirafan," kata Roberto.
Terdahulu, pakar-pakar perubatan mencadangkan Roberto untuk menjalani pembedahan untuk menghilangkan atau mengurangkan kesusahan yang dihadapinya.
sumber : malaysiandigest
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PEREMPUAN 'TAKUT' ZAKAR 19 INCI"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top