SEBAGAI SEORANG WANITA, ANDA PERLU MENJAGA KEPENTINGAN PAYUDARA ANDA ! KENALI KANSER PAYUDARA

PETANDA KANSER PAYUDARA ?

PETANDA KANSER PAYUDARA ? – Kanser payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.
Image result for payudara kanser

Image result for payudara kanser
  • Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.
  • Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.
Image result for payudara kanser
Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.
Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.
Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.
Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.
Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal
Siapa berisiko tinggi?
Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.
Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.
* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.
* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.
* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.
Risiko lain
* Kesuburan dan sejarah haid
* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.
* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.
* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.
* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.
* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.
Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospital atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

lakukan pemeriksaan sendri payudara untuk mengesan peringkat awal
 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "SEBAGAI SEORANG WANITA, ANDA PERLU MENJAGA KEPENTINGAN PAYUDARA ANDA ! KENALI KANSER PAYUDARA"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top