KHAS RAYA : TIP CANTIK DEPAN KAMERA, TANPA SEBARANG EDIT / FILTER UNTUK WANITA

Kredit foto: fimela.comBerbagai cara yang dilakukan kaum wanita untuk terlihat cantik dan menarik dalam foto. Apatah lagi dengan wujudnya sosial media seperti Instagram pada masa kini. Mulalah ramai yang mengedit gambar selfie mereka menggunakan pelbagai filter yang disediakan.
Jika anda seorang yang inginkan sesuatu yang lebih tampak real dan semulajadi, anda boleh ikuti beberapa tip untuk tampil cantik di hadapan kamera seperi yang kami kongsikan ini. Lepas ni, tak perlu lagi gunakan sebarang filter!
1) Senyuman pelengkap imej menarik
Ini merupakan kunci utama untuk mendapatkan foto yang bagus. Anda harus melemparkan senyuman yang manis setiap kali bergambar. Cara untuk mendapatkan senyuman natural di hadapan kamera adalah, anda harus berasa selesa dengan diri sendiri. Selesa pada diri sendiri akan menerbitkan aura positif pada diri, sekaligus menonjolkan inner beauty diri anda. Ini akan membuatkan anda kelihatan menarik dalam mana-mana foto yang diambil.
2) Aplikasi gincu menarik
Tidak lengkap penampilan anda jika tidak mengenakan gincu. Anda boleh cuba aplikasikan gincu yang terang seperti warna merah untuk bergambar. Ini akan menonjolkan lagi kecantikan anda.
3) Pencahayaan mesti baik
Pencahayaan merupakan antara hal yang menjadi kayu pengukur sama ada kualiti foto itu baik ataupun tidak. Pastikan anda mencari natural day light yang akan menjadikan gambar anda kelihatan terang dan menarik. Elakkan bergambar di kawasan yang kurang cahaya. 

cc : Wanista
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KHAS RAYA : TIP CANTIK DEPAN KAMERA, TANPA SEBARANG EDIT / FILTER UNTUK WANITA"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top