NGERI ! Bayi Buta Akibat Flash Kamera

Seorang bayi buta sebelah mata apabila rakan keluarganya terlupa untuk mematikan flash kamera ketika mengambil gambar close up bayi tersebut. Doktor berkata, bayi tiga bulan yang masih belum mempunyai nama itu telah mengalami kerosakan mata yang tidak boleh dibaiki iaitu kira-kira 10 inci daripada bayi lelaki tersebut.
Ibu bapa bayi tersebut menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan anak mereka tidak lama selepas gambarnya diambil, seperti yang dilaporkan People’s Daily Online. Berikutan kejadian itu, bayi tersebut mengalami pengurangan penglihatan mata kirinya manakala mata kanannya buta. Kerosakan dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat dengan pembedahan.
Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.
Doktor menasihati bahawa selepas ini ibu bapa mereka perlu berhati-hati dengan mana-mana cahaya lampu bilik atau bilik mandi yang kuat. Namun, tidak jelas apakah keluarga tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang atau tidak.
Sumber dari dailymail.co.uk
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "NGERI ! Bayi Buta Akibat Flash Kamera"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top