KEMUNGKINAN SAYA AKAN DIPENJARA KERANA 1MDB !

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedang memikirkan sama ada untuk terus atau berhenti menulis mengenai 1MDB kerana “bimbang akan disoal siasat” oleh polis. Pada satu majlis di Putrajaya hari ini, beliau berkata dirinya mungkin ‘dijemput’ polis untuk disoal siasat sekiranya terus membuat pendedahan walaupun percaya kerajaan tidak akan menahannya di penjara tetapi kemungkinan itu tetap ada.


Kemungkinan saya akan dipenjarakan kerana 1MDB - Tun Mahathir
Kemungkinan saya akan dipenjarakan kerana 1MDB - Tun Mahathir
“Datuk Seri Najib (Tun Razak) selalu mengaku, dia tidak pernah menafikan dia ada RM2 bilion, sebelum ini lagi,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penyebaran video kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaunnya.


Menurut Dr Mahathir, beliau sudah pun menonton video tersebut.

“Ya, saya telah melihatnya. Semua orang telah melihatnya,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court di sini, semalam.

Baru-baru ini, tersebar video di laman sosial menunjukkan Muhyiddin bercakap kepada tetamu di kediamannya mengenai pengakuan Najib bahawa duit sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Video tersebut dirakamkan ketika Muhyiddin menerima kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir setelah digugurkan daripada Kabinet, Selasa lalu.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat selari dengan laporan media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) pada 3 Julai lalu yang mendedahkan siasatan penyiasat Malaysia mengenai penyaluran dana sebanyak RM2.6 bilion ke akaun Najib oleh syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Secara sinisnya, beliau berkata, sebarang komen mengenai 1MDB boleh menjadi satu perbuatan jenayah.

“Saya cuma ingin memberi amaran kepada anda. Saya tidak boleh menjawab isu 1MDB kerana perkara itu kini dianggap sebagai satu kesalahan jenayah,” katanya.

Sumber : Bulletinmedia

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KEMUNGKINAN SAYA AKAN DIPENJARA KERANA 1MDB !"

 
Copyright © 2015 HANGAT - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top